Sabtu, 10 Januari 2009

PEACE PALESTINE


Ini bukan cerita baru. Ini juga bukan cerita lama. Ini adalah adunan di antara cerita baru dan lama. Hari ini bumi Palestin bergegar lagi dengan gempa buatan manusia. Gempa yang terhasil daripada letupan bom dan mortar kepunyaan satu bangsa bernama Yahudi. Apa yang pasti, ini bukan kali pertama dentuman dan letupan ini kedengaran. Bagi bangsa Pelestin, dentam-dentum yang disulami dengan tangis-tangisan ini adalah halwa telinga mereka sehari-harian. Bangsa Palestin ini terseksa, tetapi mereka tidak pernah mengalah. Atau, mungkin sahaja perkataan “kalah” itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka.Menyorot kembali hubungkait Palestin dengan sejarah rasul dan kenabian, ianya bermula sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Selepas Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishaq a.s telah terus kekal di bumi Palestin manakala Nabi Ismail a.s pula menetap di Mekah. Namun begitu, Nabi Ibrahim bukanlah berbangsa Israel sebaliknya bangsa Israel itu hanya bermula daripada Nabi Yaa’qob a.s, iaitu anak kepada Nabi Ishaq a.s. Ini termasuklah anak dan cucu-cicitnya. Nama Yahudi pula berasal daripada seorang anak Nabi Yaa’qob a.s yang bernama Yahuza.Salah seorang anak kepada Nabi Yaa’qob a.s yang lain adalah Nabi Yusof a.s. Nabi Yusof a.s masyhur dengan cerita pengkhianatan oleh abang-abangnya yang sanggup meninggalkan baginda di tengah-tengah padang pasir keseorangan. Nabi Yusof a.s kemudiannya telah terselamat dan di bawa pula ke Mesir. Apabila sudah besar dan berjaya mendapat kekuasaan di tanah Mesir, Nabi Yusof a.s telah menjemput bapanya iaitu Nabi Yaa’qob berpindah ke Mesir. Dengan perpindahan ini, maka pusat kenabian juga turut berpindah iaitu dari Palestin ke tanah Mesir sehinggalah ke zaman Nabi Musa a.s dan Firaun.Ketika peristiwa pembelahan Laut Merah, pengikut yang dibawa lari oleh Nabi Musa a.s itu adalah tergolong daripada kalangan Bani Israel. Selepas terselamat, Nabi Musa a.s ingin membawa mereka masuk semula ke Palestin tetapi kaum Bani Israel ini degil dan enggan. Alasannya adalah kerana pada ketika itu, Palestin berada di bawah pemerintahan pihak lain. Kedegilan mereka ini telah menyahut kemurkaan Allah dan kaum ini telah disesatkan selama 40 tahun sehinggalah Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s wafat.Baca artikel penuh di malaydilemma.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan