Sabtu, 10 Januari 2009

Boikot Produk Israel / United Settan of Amerika(USA)


Setakat ini lebih dari 500 nyawa Rakyat Palestin terkorban (As-Syahid, Alhamdulillah). Amerika dan Israel laknatullah terus menerus merobek darah2 Palestin, darah2 yang tidak berdosa, wanita dan kanak2 tanpa belas kasihan. Negara2 Islam masih lagi berdiam diri, walaupun jelas musuh Agama dan Dunia ini (mereka gelarkan diri mereka Polis Dunia, citt) melanggar undang2 perang. Apa yang kita boleh buat? Apa yang kita tunggu lagi? Jelas kita lemah untuk melawan mereka. Umat Islam dilanda zaman kegelapan. Semangat Islam tiada lagi dalam tubuh penganutnya.
Bangkitlah lah rakan2, bangkitlah pejuang intifada! Kejarlah kematian yang mulia. Jihad adalah wajib bagi semua umat Islam. Tentang lah musuh Islam ini. Bantulah saudara seIslam kita. Tiada lagi rundingan untuk ini. Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak.
Apa yang diharapkan pada PBB, OIC, NAM? Boikot barangan Amerika, Israel dan sekutunya! Membeli barangan mereka bermakna kita membunuh saudara kita sendiri. Tunjukkan ikatan persaudaraan kita masih kuat. Tunjukkan pada kuasa besar itu bahawa Umat Islam tidak lemah! Kuasa ekonomi ditangan kita. Kuasa beli ditangan umat Islam. Jatuhkan Dolar Amerika! Ranapkan empayar Amerika! Hapuskan Israel dari peta Dunia! Anda penentunya..


BOIKOT BARANGAN / PRODUK SETTAN AMERIKA & ISRAEL LAKNATULLAH !!!
Ayuh Rakan2!! BERJIHADLAH. Membeli @ Menyokong Produk2 Tersebut Ibarat Membunuh Saudara Kita.
Klik Di BARCODE Sebelah Untuk Senarai Barangan...!! ==>


Amalan 'Asyura'






Soalan: Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan: Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.1. Bilakah ‘Asyura‘?* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.2. Bila Sunnah Puasa?* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.* Termasuk bulan-bulan haram.* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.* Termasuk bulan-bulan haram.6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).7. Apakah kelebihannya?Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.** Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?Ada.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura‘11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”Wallahu A’lam






KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Jangan Jadi Anjing Suruhan Yahudi !!




Bersikaplah dengan petunjuk Allah :
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. - Muhammad ayat 4Mendengar ada pihak yang menyeru supaya ummat Islam bersabar dan tidak terburu-buru mendaftarkan diri sebagai sukarelawan jihad ke Palestin terasa ia amat memalukan. Tambahan pula ada yang menyatakan kita tidak perlu campur tangan kerana ia bukan perang atas nama agama.Malanglah sikap tidak faham sesetengah ummat Islam ini.Fahamilah dengan fikrah Islam yang jelas:Allah tidak pernah memerintahkan berperang atas nama menyebarkan agama tetapi Islam wajib dipertahankan walaupun terpaksa berperang. Islam tidak pernah memerlukan perang untuk disebarkan tetapi Islam dan ummatnya wajib dipertahan walau apa jua keadaan sekalipun. Inilah fikrah kita.Ingatlah!Biar atas nama apa sekalipun, apabila ummat Islam diperangi maka tiada sesiapa yang perlu berdiam diri dari membela saudara mereka sendiri.Ingatlah kita pernah dijajah ratusan tahun hanya atas nama rempah ratus pada mulanya.Ingatlah Iraq sampai kini dijajah hanya atas nama memerangi keganasan.Jangan ada seorang pun daripada kita yang bersikap lebih diplomatik dari kebinatangan Zionis yang bertindak tanpa pernah mengira apa jua ndang-undang.Islam tidak pernah merelakan ummatnya membiarkan saudara mereka di Palestin diganyang dan kita hanya bersikap bermain-main, hanya berdiplomasi sedangkan kita telah diserang tanpa sebarang diplomasi.Berimanlah dengan seruan Allah:Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Al-Hajj ayat 78Bukan Nabi SAW pernah menyatakan:Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan sesaudara Islamnya yang lain, maka dia bukanlah termasuk di dalam golongan mereka. Islam tidak pernah merelakan sikap menjuzuk-juzukkan perpaduan ummat ini. Sehingga ada pemimpin ummat Islam yang berpendirian, isu Palestin hanyalah urusan Palestin yang haram dicampuri sedangkan Amerika dan Israel tidak pernah sama sekali berdiplomasi.Islam sesekali tidak pernah merelakan jika kita cenderong kepada kuffar Amerika dan Zionis apatah lagi kita sendiri seolah-olah bertindak sebagai jurucakap kepada Israel.Apakah perlu kita menahan orang lain dari menunaikan kewajipan jihad mereka.Takutlah dengan peringatan Allah: Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya). Al-Anfal ayat 6Bukankah diantara sifat mu'min itu tidak akan sama sekali meminta izin untk meninggalkan medan jihad, inikan pula menahan hasrat orang lain untuk berjihad.Berimanlah dengan seruan Allah:Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. At-Taubah ayat44Biarkanlah mereka berjuang bersama rakyat Palestin jika kita tidak mahu dan malas , beralasan kononnya " Kita tidak boleh meniru Yahudi" berperang walaupun sudah beratus saudara seaqidah yang dibunuh.Apakah misi pengaman dan bantuan ubat-ubatan sudah mencukupi. Ingatlah bantuan itu wajib tetapi apakah pasukan pengaman dan ubatan yang dihantar mampu menahan kedurjanaan Yahudi dari membunuh jiwa tanpa hak.Bukankah Islam mengajar bahawa nyawa dan tanah air perlu dipertahankan. Soalnya apakah bantuan, ubatan dan pengaman yang hanya berada di luar Gaza mampu mempertahankan nyawa dan tanah air Palestine dari dibedil Yahudi.Bukankah tindakan itu hanya Ibarat melepas batuk ditangga.Namun yang pastinya ia adalah kosmetik dari musuh Islam untuk melindungi kejahatan mereka melanyak ummat Islam dan malangnya ada ummat Islam yang termakan dengan helah ini.Oleh itu sahutlah seruan tuhanmu:Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah ayat 41Berjuanglah, berjihadlah dan jangan sesekali menoleh kebelakang dek kerana gangguan suara-suara sumbang yang ingin menjaga hati dan hubungan diplomatik dengan Amerika sehingga kita menggadaikan nyawa ummat Islam Palestin.Teladanilah sifat pejuang Allah dan jauhilah sifat munafiq:Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. - Muhammad ayat 20Salam Perjuangan

Rehat sebentar di warung kopi....


PEACE PALESTINE


Ini bukan cerita baru. Ini juga bukan cerita lama. Ini adalah adunan di antara cerita baru dan lama. Hari ini bumi Palestin bergegar lagi dengan gempa buatan manusia. Gempa yang terhasil daripada letupan bom dan mortar kepunyaan satu bangsa bernama Yahudi. Apa yang pasti, ini bukan kali pertama dentuman dan letupan ini kedengaran. Bagi bangsa Pelestin, dentam-dentum yang disulami dengan tangis-tangisan ini adalah halwa telinga mereka sehari-harian. Bangsa Palestin ini terseksa, tetapi mereka tidak pernah mengalah. Atau, mungkin sahaja perkataan “kalah” itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka.Menyorot kembali hubungkait Palestin dengan sejarah rasul dan kenabian, ianya bermula sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Selepas Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishaq a.s telah terus kekal di bumi Palestin manakala Nabi Ismail a.s pula menetap di Mekah. Namun begitu, Nabi Ibrahim bukanlah berbangsa Israel sebaliknya bangsa Israel itu hanya bermula daripada Nabi Yaa’qob a.s, iaitu anak kepada Nabi Ishaq a.s. Ini termasuklah anak dan cucu-cicitnya. Nama Yahudi pula berasal daripada seorang anak Nabi Yaa’qob a.s yang bernama Yahuza.Salah seorang anak kepada Nabi Yaa’qob a.s yang lain adalah Nabi Yusof a.s. Nabi Yusof a.s masyhur dengan cerita pengkhianatan oleh abang-abangnya yang sanggup meninggalkan baginda di tengah-tengah padang pasir keseorangan. Nabi Yusof a.s kemudiannya telah terselamat dan di bawa pula ke Mesir. Apabila sudah besar dan berjaya mendapat kekuasaan di tanah Mesir, Nabi Yusof a.s telah menjemput bapanya iaitu Nabi Yaa’qob berpindah ke Mesir. Dengan perpindahan ini, maka pusat kenabian juga turut berpindah iaitu dari Palestin ke tanah Mesir sehinggalah ke zaman Nabi Musa a.s dan Firaun.Ketika peristiwa pembelahan Laut Merah, pengikut yang dibawa lari oleh Nabi Musa a.s itu adalah tergolong daripada kalangan Bani Israel. Selepas terselamat, Nabi Musa a.s ingin membawa mereka masuk semula ke Palestin tetapi kaum Bani Israel ini degil dan enggan. Alasannya adalah kerana pada ketika itu, Palestin berada di bawah pemerintahan pihak lain. Kedegilan mereka ini telah menyahut kemurkaan Allah dan kaum ini telah disesatkan selama 40 tahun sehinggalah Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s wafat.Baca artikel penuh di malaydilemma.com.